MASTERCLASS
AI 2.0
Dalam Pengajian Al-Quran
Enam Hasil Pembelajaran
Satu Topik · Pelbagai Bahan Pengajaran Digital
Kandungan Masterclass
Pilih mana-mana bahagian. Setiap slot ada demo, praktis, semakan dan penghantaran hasil.
9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
AI Visual & Storytelling
9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
AI Video & Interactive Learning
AI Visual & Storytelling
11 Oktober 2026 | 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bina visual pendidikan, buku cerita dan animasi berdasarkan satu topik pengajian al-Quran.
Aliran Pembelajaran
Satu Topik · Pelbagai Bahan Pengajaran Digital
AI Image Creation
📘 Nota & contoh praktikal: Visual & slash prompt
Mulakan dengan satu objektif pembelajaran dan kumpulkan fakta daripada sumber rujukan sahih. Cuba /infographic, /make-sticky-notes atau /poster. Nyatakan sasaran pelajar, konsep, mesej utama, nisbah imej dan gaya visual. Semak ejaan Arab serta fakta al-Quran secara manual. Jangan minta model menghasilkan ayat al-Quran tanpa semakan teks mushaf.
Hasil peserta
- Infografik pendidikan ringkas
- Sticky notes atau poster pilihan
- Prompt slash code yang boleh diguna semula
Storybook & eFlip
📘 Nota & contoh praktikal: Storyboard & eFlip
Tetapkan tajuk, objektif, watak, lokasi, plot ringkas dan ringkasan. Susun empat halaman: pengenalan, masalah atau persoalan, penjelasan, pengukuhan. Pastikan watak dan pakaian konsisten pada semua panel; semak tanda bacaan Arab dan ayat rujukan sebelum eksport. eFlip boleh menerima fail atau pautan terbitan.
Hasil peserta
- Mini storybook 4 halaman
- Fail atau pautan eFlip
- Jalan cerita ringkas untuk pengajaran
Storytelling Animation
📘 Nota & contoh praktikal: SceneFlow → Google Flow
Mulakan dengan watak dan tempat yang sama seperti buku cerita. Bina sekurang-kurangnya tiga scene; tetapkan durasi contoh 10 saat bagi setiap scene, kamera, pergerakan, dialog dan kesinambungan. Gunakan bingkai akhir scene sebelumnya sebagai rujukan scene seterusnya jika sesuai. Dalam SceneFlow, setiap prompt perlu kekal bawah 10,000 aksara. Semak kesinambungan, suara dan kesesuaian gambaran Islam.
Hasil peserta
- 3 scene storyboard
- Naratif atau skrip pendek
- Klip animasi atau storyboard lengkap
AI Video & Interactive Learning
18 Oktober 2026 | 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bangunkan presenter video, slide HTML interaktif dan chatbot berpandukan knowledge yang disemak.
Aliran Pembelajaran
Satu Topik · Pelbagai Bahan Pengajaran Digital
AI Video Presenter
📘 Nota & contoh praktikal: Google Vids + SceneFlow
Sediakan skrip 30–60 saat, bahagikan kepada scene pendek dengan seorang presenter, latar relevan dan suara jelas. Uji identiti avatar, sebutan istilah Arab, lipsync, audio dan sari kata. Jangan gambarkan presenter sebagai tokoh atau ulama sebenar tanpa izin.
Hasil peserta
- Skrip presenter
- Storyboard presenter
- Video presenter pendek
Interactive Slide HTML
📘 Nota & contoh praktikal: WATCH • READ • DO • REFLECT • ASSESS
Bina satu topik yang bermula dengan bahan video, nota infografik, aktiviti praktis, refleksi ringkas dan kuiz. Semak bahan asal supaya setiap kad mencukupi konteks. Pastikan slide desktop penuh skrin, tablet dan telefon responsif, tiada pertindihan, dan aktiviti boleh digunakan. Jika ada penghantaran, uji pautan dan paparan hasil.
Hasil peserta
- Bahan Slide HTML interaktif lengkap
- Bahagian Watch, Read, Do, Reflect dan Assess
- Fail atau pautan HTML
AI Chatbot with Groq + Knowledge
📘 Nota & contoh praktikal: Groq + knowledge berasaskan sumber
Sediakan knowledge yang disemak seperti istilah, definisi, langkah dan FAQ. Chatbot perlu mengutamakan kandungan knowledge, mengakui jika sumber tidak mencukupi dan tidak mereka dalil atau hukum. Uji 3–5 soalan: satu mudah, satu aplikasi, satu di luar knowledge, satu teks Arab jika ada. Kunci Groq disimpan di backend, bukan JavaScript pelayar.
Hasil peserta
- Chatbot prototaip berfungsi
- Knowledge asas
- Uji 3 hingga 5 soalan
- Pautan atau bukti ujian
Output Peserta Akhir Masterclass
Daripada satu topik kepada bahan pembelajaran digital yang boleh digunakan.
Dashboard Penghantaran
Semakan cepat untuk nama peserta, slot yang dihantar dan showcase.
Analisis Ringkas
Checklist Peserta
| Nama | Slot | Tajuk | Pautan | Masa |
|---|
TERIMA
KASIH
Daripada ilmu kepada bahan yang boleh digunakan.
Enam Hasil Pembelajaran
Satu Topik · Pelbagai Bahan Pengajaran Digital